Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nya.ta.an] | کڽاتاءن

Definisi : 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nya.ta.an] | کڽاتاءن

Definisi : 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Bermimpi mendapat emas,
     takkan membuat pura;
bermimpi mendapat padi,
     takkan membuat lumbung.

Bermaksud :

Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

102

Catch your bear before you sell its skin

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Catch your bear before you sell its skin . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kenyataan-kenyataan Imam Shafie tepatPutera SunniWatan05.07.1986
Kenyataan-kenyataan Menteri Pelajaran disambut baikTiadaUtusan Melayu26.10.1985
kenyataan tenderTiadaHarian ekspres25.02.2009
Kenyataan diri dalam puisi Ibrahim-Utusan Malaysia29.05.2008
Kenyataan tawaran membeli kenderaan terpakai-Utusan Malaysia08.12.2007
Kenyataan Tender (2/2006) Penyelenggaraan Mikrokomputer Dewan Bahasa dan Pustaka-Utusan Malaysia26.09.2006
Kenyataan tenderAkhbar:  New Straits Times04.08.2000
Kenyataan Ismail Hissein dipertikaikan: benarkah wujud kumpulanpemberontakan?Imlan AdabiWatan09.05.1988
KenyataanMasuri S. NBerita Minggu17.12.1972
Kenyataan tawaran DBPTiadaUtusan Melayu15.12.1981
12345678910...

Kembali ke atas