Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu.tu.san] | کڤوتوسن

Definisi : 1. kesudahan, akhir, penghabisan: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja; ~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu.tu.san] | کڤوتوسن

Definisi : 1 sesuatu yg ditetapkan sesudah dibincangkan; hasil drpd sesuatu perbincangan; kesimpulan: ~ perbicaraan itu belum diketahui lagi. ~ peperiksaan itu akan disiarkan dlm surat khabar. 2 mengalami kekurangan atau tidak adanya sesuatu; kehabisan: Sampai di tengah jalan, kenderaan kami telah ~ minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,

Peribahasa

Biar pecah perut,
     bumi merekah.

Bermaksud :

Keputusan yang tegas.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
MT Umno buat keputusan keputusan bijakA. Samad IsmailBerita Harian13.04.1996
Keputusan terakhirRosyanti Binti MohammadHarian Ekspres03.05.2009
KeputusanPena AlamUtusan Borneo26.04.2009
KeputusanMaznah AriffHarian ekspres25.01.2009
KeputusanMaznah AriffinHarian Ekspress11.05.2008
Keputusan bukti kerajaan tunduk kepada rakyatTuan Buqhairah Tuan Muhamad AdnanSinar Harian10.07.2009
Keputusan wajar demi masa depan anak bangsaTiadaUtusan Malaysia09.07.2009
Keputusan tepat - Ungku AzizArshad KhanUtusan Malaysia09.07.2009
Keputusan muktamad PPSMI sebelum akhir tahunTiadaBerita Harian18.02.2009
Keputusan pelaksanaan PPSMI tahun depanSyuhada Choo AbdullahBerita Harian08.01.2009
12345678910...

Kembali ke atas