Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sum.ba] | کسومبا

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg meng­hasilkan cat atau pencelup merah), Carthamus tinctorius; 2. = merah ~ merah tua: berbaju ~ berkancing dan berdestar pelangi; nyiur ~ nyiur yg berwarna merah tua; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), berbelak, menarung gajah, Trichospermum kurzii; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), cendarah hantu, julung jantan (putih), kayu katu, lengkung, rambai hutan, sengkuang, Ostodes macrophylla; ~ keling sj tumbuhan (pokok kecil), jarak belanda, kesum, kunyit jawa, Bixa orellana; dikesumba dicelup (diwarnai) dgn warna merah (drpd kesumba). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sum.ba] | کسومبا

Definisi : 1. sj burung, Harpactes k. kesumba; 2. sj burung, burung gembala rimau, Harpactes oreskios uniformis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sum.ba] | کسومبا

Definisi : 1 = ~ keling nama sj pokok renek yg menghasilkan pencelup dan ditanam sbg pokok pagar, Bixa orellana. 2 nama sj herba atau bunganya (bunganya berwarna oren dan menghasilkan minyak), Carthamus tinctorius. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesumba

Puisi
 

Orang Melayu mandi betangar,
     Betangar mari kain kesumba;
Hutan kayu dapat digegar,
     Ikan di sungai mati dituba.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Moris Minor kesumba MurupAzizi Haji AbdullahMingguan Malaysia17.10.1993

Kembali ke atas