Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ting.gian] | کتيڠݢين

Definisi : 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduk­nya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu di-letakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapai-nya kerana ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ting.gian] | کتيڠݢين

Definisi : 1 keadaan atau hal tinggi. 2 tempat yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Peribahasa

Adat yang menurun,
     syarak yang mendaki.

Bermaksud :

Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ketinggian budi pekerti kitaTiadaUtusan Zaman19.08.1984
Ketinggian tamadun MelayuAripin SaidUtusan Malaysia13.12.1997
Ketinggian budi dalam pantunNoraini Abdul RazakUtusan Malaysia04.02.2003
Mencapai ketinggian dunia akhiratTiadaWatan28.02.1990
Pastikan ketinggian taraf bahasa Melayu Singapura - MalaysiaTiadaBerita Harian26.05.1984
Bukti ketinggian ilmu MelayuRoslan AliBerita Minggu08.05.1988
Jakarta Pada Ketinggian 23 tingkat Gedung D. K. IDonggo, A. DSuara Pembaruan22.08.1988
Nuansa Khat papar ketinggian seni IslamAzman IsmailUtusan Malaysia15.10.2007
Puisi Melayu lama cerminan ketinggian akal budiAzman IsmailUtusan Malaysia20.12.2007
Pemidato yang fasih dan petah dapat saingi ketinggian syaerMana SikanaBerita Harian10.03.1976

Kembali ke atas