Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat: dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperun­tukkan bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita (sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4. perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. 3 menderita sesuatu yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : anak cucu; baka: Mereka ~ orang baik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Sayang anak badak tampung,
     cucu konon badak raya.

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Keturunan Sheikh Muhammad Arsyad Al-BanjariWan Mohd. Shaghir AbdullahUtusan Malaysia07.01.2008
Keturunan Syeikh Ibrahim sebar Islam di Pulau JawaWan Mohd. Shaghir AbdullahUtusan Malaysia09.07.2007
Keturunan Cina harus menggunakan bahasa MelayuTiadaUtusan Malaysia03.07.1994
Keturunan Sikh bangga dengan tarian 'Bhangra'Mokhtar Haji AliasBerita Harian30.03.1985
Keturunan Raja Tarabiah tahu kedatangan rasulAripin SaidUtusan Malaysia17.02.1995
Keturunan Melayu Terengganu di Bali: kajian khusus diperlukanIbrahim MohdBerita Minggu18.10.1987
Menjejak keturunan 'pantang tanah'Adham ShadanKosmo19.07.2007
Salasilah keturunan jurai tercatat dalam buku Sejarah Alam MelayuTiadaBerita Harian17.02.1988
Islam keturunan Tamil kaya warisan sasteraTiadaBerita Harian18.11.1987
Anak keturunan FumeripitisTiadaKompas20.07.1989
12345

Kembali ke atas