[kha.tul.is.ti.wa] | خط الاستواء
Definisi : garisan rekaan di keliling dunia atau dilukis atas peta yg terletak pd garis lintang 0 darjah (iaitu sama jaraknya dr kutub utara dan kutub selatan); daerah ~ daerah hawa panas (berhampiran dgn garisan khatulistiwa); ~ cakerawala bulatan rekaan yg dibentuk oleh rataan khatulistiwa dunia dgn sfera cakerawala; ~ magnet garisan khayalan di keliling bumi yg menandakan tempat-tempat jarum magnet tidak tunduk ke bawah; ~ panas (suhu) garisan yg menandakan tempat-tempat yg paling panas di muka bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kha.tul.is.ti.wa] | خط الاستواء
Definisi : , = garisan ~ garis rekaan di keliling dunia, yg terletak pd garisan lintang sifar darjah; garis yg dilukis pd peta utk menandai tempat-tempat yg sama jaraknya dr kutub utara dan kutub selatan. kawasan ~ kawasan yg terletak dlm lingkungan 00 – 100 utara atau selatan garisan khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)