[ki.sah] | قيصه
Definisi : hal, cerita, kejadian, riwayat: Daim menceritakan ~ pemergian Zaini itu kpd Zalizah; guru membincangkan ~ pembiakan nyamuk; ~ Sang Kancil menipu Maharaja Singa; ~ ibarat kisah yg watak-watak dan kejadian-kejadian di dalamnya melambangkan atau meneladani sesuatu; berkisah menyampaikan sesuatu kisah: yg pandai bercerita dan mahir ~; mengisahkan menceritakan, meriwayatkan: buku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yg masyhur; ia telah menulis sebuah rencana yg ~ pergerakan wanita di Indonesia; pengisahan perihal (perbuatan dsb) mengisahkan; pengisah tukang cerita (kisah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ki.sah] | قيصه
Definisi : cerita atau hal mengenai sesuatu; riwayat; kejadian: ~ sang kancil menipu maharaja singa. mengisahkan meriwayatkan sesuatu kejadian dll; menceritakan: Buku ini ~ pengembaraan seorang yg masyhur. pengisahan hal atau perbuatan mengisahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)