Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.kong] | کوڠکوڠ

Definisi : benda drpd kayu atau besi yg ber­lubang yg dikenakan pd leher orang salah atau orang tahanan (utk menghukumnya atau mencegahnya drpd lari), pasung; mengongkong 1. mengenakan kongkong pd, memasung, membelenggu: ia ditangkap, diheret dan kemudian dikongkong dlm sebuah pondok kecil; 2. ki membatasi (kebebas­an, pergerakan, dll), menghalangi, menye­kat: ia ingin bebas, tidak dikongkong oleh berbagai-bagai peraturan dan disiplin yg keras; 3. mengepung, melingkungi: pasukan tentera yg dikirimkan itu mula ~ askar musuh yg terperangkap; 4. meliputi, men­cakupi, merangkumi: ilmu kedoktoran ~ ilmu anatomi, perubatan, kesihatan, dll; terkongkong terbelenggu, terikat, tersekat (bkn kebebasan dll): semua orang yg ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan; pemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya; kongkongan ki perihal terkongkong, ikatan, sekatan, cengkaman: dlm negara yg mengamalkan demokrasi, mahkamah keadilan bebas drpd ~ pemerintah; puas ia mencari jalan melepaskan dirinya drpd ~ lelaki yg tidak disukainya itu; pengongkongan 1. perihal atau perbuatan mengongkong (memasung, membelenggu), pemasungan, pembelengguan; 2. perihal atau perbuatan mengongkong (membatasi, meng­halangi menyekat), pembatasan, penghalang­an, penyekatan; pengongkong orang yg suka mengongkong (kebebasan, pergerakan, dll), penghalang, penyekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.kong] | کوڠکوڠ

Definisi : bunyi (salak) anjing yg kuat; mengongkong menyalak dgn kuat, meng­gonggong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.kong] | کوڠکوڠ

Definisi : kayu, besi dll yg diberi berlubang dan dipasangkan pd leher orang salah sbg hukuman atau supaya tidak dpt lari; pasung. mengongkong 1 memasang kongkong pd; memasung, membelenggu. 2 ki menyekat; mengawal (kebebasan, pergerakan dll): Ibu bapanya tidak terlalu ~ kebebasannya. terkongkong terbelenggu; tersekat (bkn kebebasan dsb). kongkongan sekatan utk mengongkong; kawalan. pengongkong orang yg mengongkong; penyekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kongkong


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jangan kongkong penulisMuhammad AkhirBerita Harian21.11.1992
Ahli2 bahasa kongkong kreativiti sasterawan? (Diwawancara oleh Mohd.Raman Daud)Mohd. Asraf Abdul WahabBerita Harian (Singapura)16.06.1984
Kata-kata kongkong penyair masakiniM. Jusoff TaibBerita Harian17.05.1991

Kembali ke atas