[kos.mé.tik] | کوسميتيک
Definisi : (kosmétik)1. alat solek (utk mencantikkan rupa orang perempuan); 2. luaran sahaja (tidak melibatkan fungsi): model baru kereta nasional, Proton Saga, mempunyai perubahan ~ yg besar, terutama dr segi reka bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kos.mé.tik] | کوسميتيک
Definisi : /kosmétik/alat solek atau bahan yg digunakan utk mencantikkan rupa seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)