Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.no] | کونو

Definisi : 1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden; kekunoan 1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (baha­sa lama). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.no] | کونو

Definisi : 1 sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu; lama; tua: barang-barang ~ barang-barang lama. 2 tidak moden; kolot (bkn adat, fahaman dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuno
Bahasa Asal :Jawa
1. Dalam konteks masa
bersinonim dengan dahulu kala, purbakala, lama, tua, bahari, usang,
Berantonim dengan mutakhir

2. Dalam konteks sikap
bersinonim dengan kolot, usang, ketinggalan zaman, konservatif, ortodoks, jumud, primitif,
Berantonim dengan moden

Kata Terbitan : kekunoan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mesir Kuno dikatakan yang pertama amal drama di duniaHatta Azad KhanBerita Minggu08.11.1981
Rumah KunoHitchock, AlfredMingguan Malaysia31.03.1985
Tulisan kuno melayu abad 1 - 15 tak mampu diterjemahZairee ZahirWarta Perdana24.02.1991
Bahasa Melayu kunoWan Ali Wan MamatUtusan Melayu11.02.2008
Bahasa Melayu kuno, klasik dan modenAripin SaidUtusan Malaysia28.04.1995
Naskah Melayu kuno bertebaran serata dunia: khazanah yang hampir pupusCK HalimBacaria02.03.1994
Ramayana: epik kuno dijawikanGhani IsmailBerita Minggu11.01.1976
Rahsia kebaya kuno Jawa Dr Sri NurestriShaidah ShafieBerita Minggu14.01.2006
Ciri2 bahasa Melayu kunoWan Ali Wan MamatUtusan Melayu18.02.2008
Bezanya bahasa Melayu kuno dan modenAripin SaidUtusan Malaysia07.04.1995
123

Kembali ke atas