Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ba] | لاب

Definisi : 1. keuntungan (drpd perniagaan, perdagangan, pelaburan, dll): perniagaan yg diusahakannya itu menghasilkan ~ yg berlipat ganda; 2. faedah, guna, kebaikan: apa ~nya kita bertengkar ini? ~ modal (Eko) keuntungan yg diperoleh drpd wang yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan (saham dsb) hasil drpd kenaikan harga; ~ rugi a) untung rugi; b) baik buruk; (pajak) ~ perang Id (cukai yg dikenakan atas) keuntungan yg diperoleh dlm masa perang; ~ sama dibagi, rugi sama diterjuni prb bersahabat (bermuafakat) sehidup semati; belum tahu akan ~ rugi prb belum tahu akan baik buruk sesuatu hal; kalau ~ bercikun-cikun, buruk diberitahu orang prb berdiam diri sahaja sewaktu dlm kesenangan tetapi meminta pertolongan orang lain apabila dlm kesusahan; mengaut ~ dgn siku prb orang yg selalu mencari keuntungan yg banyak; berlaba 1. mendapat atau beroleh laba (keuntungan): dia ~ berlipat ganda drpd perniagaannya; 2. menghasilkan (mendatangkan) keuntungan: perniagaan yg diurusnya itu tidak ~ sedikit pun; melabakan, melabai menghasilkan (mendatangkan) keuntungan kpd, menguntungkan: rancangan itu hanya akan ~ beberapa orang yg telah sedia kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ba] | لاب

Definisi : 1 keuntungan yg diperoleh drpd perniagaan, berjual beli, pelaburan dll: Syarikat itu telah mendapat ~ yg berlipat ganda. 2 faedah; guna: Perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa ~ pun. berlaba mendapat laba; beruntung. melabakan menghasilkan (mendatangkan) laba; menguntungkan: Perniagaan beras ~ beberapa orang di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laba (kata nama)
Bersinonim dengan keuntungan, untung, hasil, pendapatan, perolehan, dividen, faedah, bonus;,
Kata Terbitan : berlaba, melabakan,

Peribahasa

Kalau laba bercikun-cikun,
     buruk diberitahu orang.

Bermaksud :

Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kekuatan lambang dalam kumpulan cerpen Laba-laba [Ulasan buku "Laba-laba" disusun oleh N Riantiarno]Marsli NOBerita Harian20.12.2005
Dikir laba semakin dilupakanManzaidi Mohd. AminKosmo28.09.2006
Dikir laba dihidupkan kembaliTiadaBerita Harian02.11.1998
Dikir Laba mendahului dikir baratLokman IsmailUtusan Melayu17.01.1991
Persembahan Dikir Laba hingga dinihariTiadaMingguan Wanita10.03.1989
Seni kata dikir laba seperti bahasa JepunManzaidi Mohd. AminBerita Harian11.08.1998
TatabahasaKanaga LabaBorneo Mail04.09.1992
Perkataan rumi dengan jawi tidak samaMd. LabaUtusan Malaysia13.06.1988
Kursus wartawan buku jalan kepada peminat penulisanSeri LabaHarian Express17.03.1982

Kembali ke atas