Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.cur] | لاچور

Definisi : 1. tidak jadi, gagal, malang, sial; 2. buruk laku, sundal (perempuan); apa ~ apa boleh buat; perempuan ~ perempuan jalang, perempuan sundal; melacur mencari nafkah dgn melibatkan diri dlm perhubungan kelamin secara haram, menyundal, menjual (kehormatan) diri: dia ~ atas desakan hidup; melacurkan; ~ diri melacur, menyundalkan diri: perempuan itu ~ dirinya sejak lima tahun yg lalu; pelacuran perihal (perbuatan) melacurkan atau menjual diri, persundalan: dia terjun ke dlm dunia ~ yg dia sendiri memang amat takut; pelacur perempuan sundal (yg melacurkan diri), perempuan jalang; ~ terhormat pelacur drpd kalangan orang yg tinggi taraf kedudukannya dlm masyarakat (biasanya tidak diketahui umum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.cur] | لاچور

Definisi : ; melacur melakukan persetubuhan secara haram dgn tujuan mencari wang dsb (biasanya perempuan); menjual kehormatan; menyundal. melacurkan menjadikan sbg pelacur: ~ diri. pelacuran perbuatan atau hal melacur: Kerajaan berusaha menghapuskan ~ di bandar-bandar. pelacur orang yg melacur atau yg melacurkan diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lacur
Kata Terbitan : melacur, pelacuran, pelacur,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lacur puisi untuk tarik khalayakSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia05.05.1994
Sastera lacur hancurkan estetikaAzman IsmailUtusan Malaysia (Sastera dan Budaya)20.02.2002
Penerbit lacur sastera?Siti RohayahUtusan Malaysia24.03.1994
Kami bukan lacur puisiZurina WajiHarian Metro14.10.1996
Abah dan LacurOnn Abdul RahmanUtusan Zaman01.08.1963

Kembali ke atas