Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gi] | لاݢي

Definisi : 1 masih (berterusan): ketika ~ kecil ketika masih kecil. 2 tambahan kpd yg sedia ada: Ambillah dua ringgit ~ utk perbelanjaan pulang. 3 dan; serta: Rumahnya cantik ~ bersih. 4 berulang spt semula: Bacalah surat itu sekali ~. Agaknya ia akan datang ~ hari ini. 5 lebih (baik, buruk, mahal dll): Bunga yg ini ~ cantik. 6 kata yg digunakan utk menegaskan (menguatkan) kata-kata sebelumnya: Belakang parang ~, kalau diasah nescaya tajam. ~pun, = ~ pula tambahan pula. lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. lagikan bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. selagi 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.


Lihat selanjutnya...(260)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(182)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dan, lagi and... lagi lagiAdibah AminNew Straits Times17.08.1973
Lagi novel DBP diangkat ke skrin televisyenTiadaBerita Harian09.01.2008
Lagi lagu 'Namewee' bermesej negatifJunita Mat Rasid dan ahmad Fitri Che MudaHarian Metro18.08.2007
Lagi tokoh-tokoh bantah tv3 lewatkan berita dalam bahasa MalaysiaTiadaUtusan Malaysia02.06.1986
Lagi senarai penerima anugerahTiadaBerita Harian06.06.1991
Lagi orang Tanjung bertempekAzizi Haji AbdullahMingguan Perdana10.02.1984
Lagi kecoh kenyataan bekas PMShahnon AhmadBintang Timur08.10.1977
Lagi bunyi gedebum-gedebam fasal MelayuAzizi Haji AbdullahWatan14.06.1985
Lagi penulis muda dan plagiatOsman E. SJejaka01.09.1973
Lagi antologi sajakTiadaMingguan Malaysia11.03.1973
12345678910...

Kembali ke atas