Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 tidak sama (ttg rupa, hal, keadaan dll); asing: ~ yg ditanyakan, ~ yg dijawab. 2 tidak termasuk dlm hitungan (kumpulan dll): Semua orang terpaksa bersenam, ~lah jika ia sakit. berlain berbeza (pendapat, kelakuan dll); berselisih: ~ benar tingkah laku ayah hari ini. berlainan berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll): Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. melainkan 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. memperlainkan memperlakukan berlainan; membezakan: Dia tidak pernah ~ anak tirinya drpd anak kandungnya. kelainan 1 keadaan lain; perbezaan. 2 sesuatu yg tidak menurut kebiasaan. selain, = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Puisi
 

Lain hulu lain pemarang,
     Buah bidara di atas bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain yang bengkak,
     lain yang bernanah;
lain yang untut,
     lain yang mengisut.

Bermaksud :

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(1000)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(123)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lain-lain unsur dalam Merong MahawangsaMukhtar IsmailBerita Harian10.08.1973
Warnanya sama, rasanya lain-lainK. BaliNusantara16.10.1991
Pantun, gurindam dan lain-lainRahman ShaariBacaria13.11.1983
Cara KGGBS nampaknay bersungguh2 dari yang lain-lainAhmad BoestamamMingguan Malaysia07.10.1979
Pars pro toto, totum pro parte dan lain-lainRahman ShaariWatan19.07.1988
Ulasan buku Hadiah Doktor Serba Tahu dan Lain-lain Cerita GrimTiadaUtusan Melayu02.11.1989
Jualan harian akhbar bahasa Malaysia mengatasi yang lain-lainTiadaUtusan Melayu13.09.1983
Peranan pegawai-pegawai daerah lain ulu, lain parang lain dahulu lainsekarangPak SakoUtusan Zaman15.11.1978
Lain padang, lain belalang (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia12.12.2006
Lain dahulu lain sekarangPak SakoUtusan Zaman23.08.1987
12345678910...

Kembali ke atas