Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.kon] | لاکون

Definisi : 1. = lakonan cerita yg dipentaskan (sandiwara, filem, dll), drama: suatu lakonan yg bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri akan dipentaskan di Dewan Bandaran; 2. karang­an yg berupa sandiwara (terdiri drpd dialog); ~ layar skrip yg disediakan utk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dsb; 3. ki sesuatu peristiwa (kejadian dll): ~ yg menyayat hati; berlakon 1. bermain atau berlagak dlm sandiwara (drama, wayang, dll), mengambil bahagian dlm sandiwara dll: saya mula ~ sejak saya di bangku sekolah lagi; dlm filem “Dia Ibuku”, Sarimah ~ sbg ibu; 2. ki berpura­pura menunjukkan sesuatu kelakuan, menunjukkan kelakuan yg bukan sifat se­benarnya: tak usahlah kau hendak ~ di depan aku, aku sudah tahu kelakuankau yg sebenarnya; melakonkan 1. mementaskan atau memain­kan sesuatu cerita (drama, sandiwara, dll); 2. menulis (semula) suatu cerita menjadi sandi­wara (drama dll); 3. mementaskan sebuah cerita sbg sandiwara: murid-murid disuruh­nya ~ cerita Anak Raja dengan Anak Papa; 4. mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara: drama itu ~ seorang pegawai tinggi; 5. memainkan sesuatu peranan (watak): seniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dgn baik dlm filem “Hang Jebat”; lakonan 1. lakon; 2. perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara dll), perihal ber­lakon: ~nya dlm filem-filem pd masa lalu sungguh baik dan memuaskan; pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandi­wara dll), tokoh dlm cerita dll: siapakah ~ yg akan membintangi filem itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.kon] | لاکون

Definisi : cerita dlm sandiwara (drama, filem dsb). berlakon 1 bermain atau berlagak spt dlm sandiwara (drama, filem dsb); mengambil bahagian dlm sandiwara dll: Dia ~ sbg ibu dlm drama itu. 2 berlagak atau berpura-pura menunjukkan kelakuan yg bukan tingkah lakunya yg sebenar: Janganlah ~ di depan saya kerana saya tahu siapa kamu. melakonkan 1 memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara); mementaskan. 2 mengarang sesuatu cerita utk dimainkan; menulis drama (sandiwara dll). 3 mengisahkan; menceritakan: Filem itu ~ seorang anak yg tidak mengenang jasa. 4 memainkan sesuatu peranan (watak) dlm sesebuah cerita: Beliau ~ watak ibu dgn baik dlm filem tsb. lakonan cara berlakon atau cara melakonkan sesuatu peranan dlm drama (sandiwara dll): ~nya dlm filem itu memuaskan. pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandiwara, filem dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lakon
Kata Terbitan : berlakon, melakonkan, lakonan, pelakon,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lakon Layar DuniamuJuri DurabiUtusan Borneo26.05.2008
Lakon cerpen inovasi baruZurinah HassanBerita Harian03.06.1998
Kursus lakon GERAKTiadaUtusan Malaysia14.09.1994
Gerak lakon dan dialog dalam Tugu kurang berkesanM. Rizuan AdnanSabah Times03.12.1986
Uji lakon untuk drama 'Kelam Kabut'TiadaUtusan Melayu06.09.1996
Sajak lakon Prof Hashim hebatHassan OmarBerita Harian01.07.2004
Bengkel lakon teater di TemerlohAkhbar:  Utusan Malaysia24.06.2004
Bukan Melayu lakon makyungWan Asrudi Wan HasanHarian Metro05.05.2008
Bengkel seni lakon tinggal banyak kesanZain YahyaUtusan Malaysia24.05.1982
Bengkel seni lakon di Panggung DramaTiadaUtusan Malaysia10.06.1982
1234

Kembali ke atas