Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.tang] | لانتڠ

Definisi : 1. = melantang kuat dan jelas didengar (suara dll), jelas kedengaran: suara­nya ~ bertengkar dgn orang di sebelah rumah; suaranya melantang di dlm seluruh ruang masjid; 2. terang dan nyata (peman­dangan), luas dan jelas; melantangkan menguatkan (suara dsb) supaya lantang: ~ suaranya supaya jelas didengar; kelantangan perihal lantang: kerana ~ cakap setengah-setengah tokoh politik, perhubungan antara kaum telah tidak menyenangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tang] | لانتڠ

Definisi : 1 kuat dan jelas didengar: Bunyi jam besar itu sangat ~. 2 terang dan nyata (bkn pandangan). melantangkan menguatkan (bunyi, suara) supaya jelas didengar. kelantangan perihal atau keadaan lantang: ~ suaranya ketika berucap telah mempesona penduduk kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lantang (adjektif)
Bersinonim dengan kuat, jelas, nyaring;,
Kata Terbitan : kelantangan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Suara lantang PramoedyaRiadz RadziKosmo10.05.2006
Suara lantang PramoedyaRiadz RadziHarian Metro10.05.2006
Suara Lantang Ini Pasti BerterusanSaad TaibUtusan Melayu23.01.2005
Penyair bersuara lantangNazmi YaakubBerita Harian07.11.2008
Pengkritik yang lantang tuntut pembakuan bahasaTiadaBerita Minggu (Singapura)01.07.1984
Puisi hening, puisi lantangHarahap, DarwisBerita Minggu10.04.1983
Edisi terbaru Akar lantang sindir ahli politikSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)30.01.2001
Ketika Anak Gadis Itu Lantang BersuaraHuzaifah ZulfakarBerita Minggu10.12.2006
Nada puisi Marzuki sentiasa lantangWan Hamidi HamidBerita Minggu04.07.1993
Zakir penulis pendiam, bersuara lantangSalbiah AniBerita Harian11.05.2000
12

Kembali ke atas