Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.tih] | لاتيه

Definisi : ; ~ tubi latihan (ajaran, tunjuk ajar, dsb) yg diulang-ulangi (utk menjadikan orang yg diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir); berlatih = ~ diri memahirkan diri: ia sedang ~ menjadi nakhoda; melatih 1. membiasakan, memahirkan: kita boleh ~ lidah kita supaya fasih dgn selalu membaca kuat-kuat dgn bunyi yg betul; 2. mengajar atau mendidik supaya mahir (pandai): mereka yg dipilih akan dilatih berbaris oleh seorang tentera; ~ tubi memberikan latihan (ajaran dsb) yg diulang-ulangi, mengulang­ulangi sesuatu dlm proses atau usaha mengajar; terlatih telah dilatih, terdidik: guru-guru yg ~; latihan pelajaran atau didikan utk memahir­kan (membiasakan), ajaran yg diterima: doktor telah menerima ~ yg cukup utk men­jalankan kerjanya; ~ amali latihan dgn mengerjakan (mengamal­kan) sendiri (sains dll); ~ asas latihan permulaan; ~ badan pelajaran gerak badan (olah raga dll); ~ ilmiah latihan bertulis utk mendapat ijazah (sarjana dll); pelatihan perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) melatih: ~ para belia dlm bidang teknikal perlu difikirkan secara serius; pelatih 1. orang yg melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir; ~ bola sepak; 2. orang yg sedang menerima latihan; doktor ~ doktor yg masih menjalani latihan praktikal (di hospital). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.tih] | لاتيه

Definisi : telah biasa (kerana belajar atau diajar); cekap: Walaupun sudah berbulan-bulan dia belajar bermain piano, tetapi masih belum ~. ~ tubi kerja-kerja amali yg dilakukan berulang-ulang utk memperoleh kemahiran atau kecekapan. berlatih membiasakan atau memahirkan diri dlm sesuatu bidang: Ia sentiasa ~ bernyanyi di rumahnya. melatih 1 mendidik atau mengajar supaya pandai: Ia sedang ~ anak-anaknya bermain piano. 2 memahirkan; membiasakan: Ia ~ kakinya yg lumpuh itu melangkah. terlatih telah dilatih; terdidik: Sekolah tsb sangat kekurangan guru-guru yg ~. latihan pelajaran utk memahirkan atau utk memperoleh sesuatu kepandaian: Dia telah mendapat ~ tentera di Maktab Tentera Diraja. ~ jasmani latihan gerak badan utk menyihatkan badan; senaman. pelatih 1 orang yg melatih (mengajar, mendidik): ~ bola keranjang. 2 orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan: jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
latih
Rujuk :ajar


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Latih rohani ikut suruhanTiadaUtusan Zaman25.07.1985
Latih pelakon baruTiadaBerita Harian22.11.1997
Latih pelajar amal budaya kamusAkhbar:  Utusan Malaysia25.07.2002
Latih tenaga pengajar bahasa Melayu luar negara di IBMM (diwawancara oleh Hassan Omar)Akhbar:  Berita Harian (Sastera dan Budaya)07.08.2004
Teater latih kanak-kanak cintai alam sekitar-Berita Harian15.07.2006
DBP latih munsyi dewanAwang AbdullahMingguan Watan28.01.1996
Pelita latih penulis mudaZainal ABerita Harian27.03.1996
KPJ latih guru mantapkan jawiPak MatlobBerita Minggu01.05.2005
Muzik latih manusia berdisiplin (diwawancara oleh Nazmi Yaakub)Nazmi YaakubBerita Harian01.05.2004
Tak perlu latih nyanyiAdam SallehHarian Metro17.06.1993
123

Kembali ke atas