Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laut] | لاءوت

Definisi : 1 kumpulan air masin yg menggenangi sebahagian besar muka bumi: ~ Sulu; ~ Merah. 2 kumpulan sesuatu benda yg banyak: ~ madu. 3 bahagian sungai (tasik) yg jauh ke tengah. melaut 1 luas spt laut: sawah padi yg ~ luasnya. 2 belayar di laut. 3 pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. memperlaut melayarkan kapal (perahu); mengirim barang dgn kapal laut. lautan 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. kelautan hal atau perkara yg berkaitan dgn laut: iklim ~. pelaut orang yg selalu belayar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Adik mandi ke laut jangan,
     Kuala di laut sangat deras;
Adik menyanyi ingat jangan,
     Kalau diingat sangatnya belas.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(56)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Laut yang sugulNandrayanatirowUtusan Borneo06.10.2008
Laut Yang SugulNandrayanatirowUtusan Borneo21.04.2008
Laut Lepas; Selantas Gelombang Ke-12Ibrahim GhafarBerita Minggu10.02.2008
Laut Tetap BergeloraZaharah NawawiMingguan Malaysia11.11.2007
Laut Itu Bukan Lagi MilikkuM. AbdiBerita Minggu05.08.2007
LautWan Jaafar AhmadMingguan Malaysia06.05.2007
LautZahari HasibMetro Ahad04.11.2001
LautAhmad SebiWarta Negara15.06.1969
"Laut Kepulauan Melayu" jadi kenyataan jika syor Gapena dilulusTiadaUtusan Malaysia23.05.1990
"Laut Kepulauan Melayu" akan dibahasa di Pulau PinangTiadaUtusan Melayu23.05.1990
12345678910...

Kembali ke atas