Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bah] | لبه

Definisi : serangga kecil berkepak empat dan bersengat yg mengeluarkan waks dan madu; jenis-jenisnya: ~ betul, ~ keram, ~ lalat, dll; air (manisan) ~ air madu; ~ bergantung a) sj ukiran pd jerubung perahu; b) bentuk dagu yg cantik; c) Kl pakatan yg kukuh; spt ~, mulut bawa madu, pantat bawa sengat prb a) orang kaya yg murah hati tetapi sombong; b) perempuan yg elok paras dan tutur katanya tetapi buruk perangai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bah] | لبه

Definisi : nama sj serangga yg bersengat dan mengumpulkan madu, Apis indica: madu (manisan) ~ air madu. ~ bergantung a. sj ukiran pd jerubung perahu. b. bentuk dagu yg cantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebah

Puisi
 

Sarang lebah nampak tergantung,
     Baik-baik jangan tersinggung;
Ingat-ingat kita di kampung,
     Jangan diagah rimau menyangkung.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti lebah: mulut bawa madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lebah dan KonMohamad Safri HamaliBerita Minggu14.01.1996
Lebah Yang MuliaAzizi JaafarHarakah19.11.1993
Seperti LebahAmmi ManjaUtusan Borneo24.05.2005
Antara lebah dan lalatShahnon AhmadUtusan Malaysia28.07.1990
Nyanyian LebahAmi MasraMingguan Malaysia25.04.1993
Memelihara lebah maduTiadaBacaria24.05.1986
Sebagai LebahAladin MohamadMingguan Malaysia06.11.2005
Bagai Seekor Lebah dengan Sepasang Sayap SyukurM. ArifMingguan Malaysia07.12.2008
Seekor Sang LebahHamizun SyahBacaria21.12.1994
Pertanyaan Pada Lebah Dan LalatA. Rafar MohdBerita Minggu01.04.1990
12

Kembali ke atas