Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.kang] | لکڠ

Definisi : 1. pecah atau retak (kerana kena panas spt tanah dll), merekah; bibirnya ~ bibirnya pecah-pecah kepanasan; 2. mudah tanggal (isi buah dr biji, cat dr kayu, dll), longkah, tidak melekat; rambutan ~ rambutan yg isinya mudah terkopek dr bijinya; 3. tidak henti­-henti, sentiasa: saya tidak ~ memegang peta; tak ~ di bibir selalu disebut-sebut; tak lapuk dek hujan, tak ~ dek panas prb adat yg tidak berubah-ubah (kekal); berlekang tidak lagi bersama-sama (sahabat dll), bercerai, berpisah: pd suaminya dah timbul alamat, masa ~ hampirlah sangat; melekang 1. pecah atau belah (bibir, tanah, dll); 2. tanggal atau longkah (cat dll); melekangkan 1. menjadikan lekang; 2. ki memisahkan (memalingkan) drpd: ia tidak dapat ~ matanya drpd peristiwa yg sedang berlaku di depannya; pelekang ki sesuatu yg melekangkan (meng­hilangkan penyakit dll, memisahkan): nasi dingin tampal kepala, ubat orak ~ jerih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kang] | لکڠ

Definisi : 1 pecah kerana terkena panas; retak: Kerana hari terlalu panas, tanah sawah menjadi kering dan ~. 2 mudah tanggal (bkn daging buah dr biji); longkah: Rambutan ini ~ dan manis. 3 terkopek (bkn cat dsb); tertanggal. melekang 1 menjadi pecah atau belah (bkn tanah, bibir dll) kerana panas. 2 tanggal (bkn daging buah dr biji). 3 mengelupas (cat dr dinding dll). melekangkan memisahkan (sesuatu, seseorang) dr: Sangat susah ia hendak ~ dirinya dr anaknya yg disayangi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekang (adjektif)
1. Bersinonim dengan retak
( rekah, pecah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan longkah
( senang tanggal)
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan sentiasa
( selalu, saing, )
(adverba:)

Kata Terbitan : berlekang, melekang, melekangkan, pelekang,

Peribahasa

Tak lapuk di hujan,
     tak lekang di panas.

Bermaksud :

Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kesusasteraan kebangsaan lekang tampukDarma MohammadSiasah27.04.2008
Busana tradisional tak lekang dek panas...Rabiatul Adawiyah Koh AbdullahUtusan Malaysia05.07.2006
Adat Melayu: tak lekang dek panasAsrul Effendi KamaruzzamanWatan Minggu27.04.1997
Ghazal: tak akan lekang dek panas - tak lapuk dek hujanTiadaSabah Times14.09.1981
Persoalan keagamaan tak pernah lekang didalam kesusasteraan Melayu danIndonesiaRahman ShaariUtusan Zaman10.01.1982
Adat yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasKhairuddin HassanBerita Minggu17.04.1977

Kembali ke atas