Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.kas] | لکس

Definisi : tidak lambat atau lengah, cepat, segera: ~ benar hari malam rasanya, kerja awak sedang terbengkalai; selekas; ~ mungkin = selekas-lekasnya paling lekas, paling awal, secepat-cepatnya; lekas-lekas dgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka; berlekas-lekas sentiasa mahu lekas, ter­gesa-gesa, terburu-buru; melekaskan membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan, menyegerakan: ~ kerja yg baik supaya tidak ditimpa yg buruk; memperlekas membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat; pelekas (orang) yg lekas (marah dll): orang yg ~ marah itu lekas sekali memaafkan dan lekas pula menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kas] | لکس

Definisi : dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekas
Rujuk :pantas

Puisi
 

Hari-hari turun ke gua,
     Sarat membawa buah-buahan;
Hari-hari mintakan doa,
     Lekas bertemu mudah-mudahan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kalau boros lekas kerugian.

Bermaksud :

Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jangan lekas putus asa main teka sebaranganAdibah AminBerita Harian25.09.1980
Cepat, lekas, segeraDr. Nik Safiah KarimBerita Harian (Pendidikan)12.11.2001
Penulis muda diingat jangan lekas kecewaTiadaBerita Harian30.11.1985
Abdul Aziz H. M: lekas akrab, mesra, suka menolongTiadaMingguan Watan11.02.1996

Kembali ke atas