Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.la] | ليلا

Definisi : (léla) 1. sl tingkah laku yg elok, gerak­geri (tangan dll) yg elok: mereka bersuka ria dgn tepuk tari dan ~; 2. elok (tingkah laku), cegak, lagak, ragam, segak; banyak ~ banyak ragam; muda ~ muda dan segak; ~ bangsawan segak lagi berbangsa; ~ remaja muda lela; selela-lelanya sekehendak hatinya, sesuka hatinya: jika dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dgn ~, tidak dapat tidak ia memekik-mekik; berlela berlagak, bergaya, bertingkah; amak ~ amak berupa berbagai-bagai gaya dan rupa; melela menggerak-gerakkan tangan, mem­perlagakkan diri, menunjuk-nunjuk: maka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar; melelakan menggerak-gerakkan (pedang, badan, dll) dgn elok, mempertunjukkan (sikap, gaya, dll) dgn elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.la] | ليلا

Definisi : (léla) sl beberapa jenis meriam: memutih layar mengkuang, memutih ceropong ~; ~ rambang sj meriam yg mulutnya ber­corong; ~ rentaka sj meriam yg boleh diputar­-putar (dibuat drpd besi baja); kalau tidak berlela baiklah berela-rela prb kalau tidak berdaya upaya baiklah menurut sahaja; melela; besi ~ besi baja; keris ~ keris yg tidak berpamor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.la] | ليلا

Definisi : /léla/ beberapa jenis meriam kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lé.la] | ليلا

Definisi : /léla/ tingkah laku atau gerak geri yg elok. berlela berlagak; bermain (pedang dll); bergaya. melela melagakkan diri dgn melakukan gerakan yg elok-elok; menunjuk-nunjuk: Maka Hang Tuah pun bangkit berdiri seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar. melelakan menggerak-gerakkan (badan, pedang dsb) dgn elok. selela-lela sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lela


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lela Manja paku khalayakFarhatul Aishati ShamsuddinBerita Harian17.11.2007
Lela Manja kembali!Shakilawati Abd RahmanMetro Ahad04.11.2007
Lela Manja paparkan kisah ibu tiri kejamAni AwangUtusan Malaysia 
Saya mahu adakan pementasan di Istana Budaya: Lela Wati (diwawancara oleh Hassan Omar)Lela Wati Mad ZahariBerita Harian (Sastera dan Budaya)12.08.2004
Raja Lela Sakti keluar memburuZubima F. AMingguan Wanita10.05.1985
Memangku LelaDjazlan ZainalMingguan Malaysia29.12.1991
Memangku LelaDjazlan ZainalMingguan Malaysia14.12.1991
Hidayah pentaskan Lela Satria Ahad iniSiti Ramlah YusoffUtusan Malaysia21.04.1989
'Laksamana Muda Lela' lebih berupa dramaSuhaimi MohsenBerita Harian Singapura02.04.1987
GlobalLela @Kelly KamarudinBacaria14.12.1996
12345678

Kembali ke atas