Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.ki] | للاکي

Definisi : laki-laki; kelelakian kelaki-lakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : manusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(48)

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lelaki-lelaki Budiman dan Kota Rama-RamaIhsan NoorzaliBerita Minggu07.08.2005
Lelaki Yang Bukan LelakiRushdi KurniawanBacaria11.03.1987
Lelaki BengisAzroyUtusan Borneo21.07.2008
Lelaki yang Patah Sayap KirinyaRozais Al-AnamyMingguan Malaysia21.06.2009
Lelaki Tua dan Sekuntum DahliaMarsli N.O.Mingguan Malaysia03.08.2008
Lelaki yang Meminta-minta Dari Luar CerminMohd Fadzil YusofSiasah22.06.2008
Lelaki Greek bangga sebagai pengarang JepunShaidah ShafieBerita Harian25.03.2008
Lelaki TuaSabri HashimBerita Minggu02.09.2007
Lelaki dari KotaSaadiah Hj. IbrahimMingguan Malaysia06.05.2007
Lelaki Cantik Tidak Pernah BerpakaianRoslan JomelMingguan Malaysia13.05.2007
12345678910...

Kembali ke atas