Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mah] | لمه

Definisi : 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenar­nya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain­-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menye­babkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan ke­kurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : Kd, Pl; pelemah membohong, ber­bohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : sj ikan laut, lelemah, lemuk, Lactarius lactarius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : 1 tidak bertenaga; tidak kuat: Badannya ~ kerana tidak cukup tidur. 2 kurang cekap dlm sesuatu: Ia ~ dlm pelajaran matematik. ~ gemalai (longlai) gerakan tubuh yg elok ketika berjalan dll. ~ hati mudah dipengaruhi orang; tidak teguh hati. ~ lembut baik budi pekerti; tidak pemarah. ~ semangat mudah terperanjat (jatuh sakit dll). melemahkan menyebabkan menjadi lemah: Kurang tidur akan ~ badan. memperlemah menyebabkan menjadi lebih lemah. kelemahan keadaan atau hal lemah. pelemahan perbuatan atau hal melemahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putus tali kain cadar;
Lemah lembut membawa diri,
     Pandai hati siapa menanggar.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Lemah melapis condong menopang.

Bermaksud :

Tolong-menolong satu sama lain.

 

Lihat selanjutnya...(76)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lemah kuasai bahasa Melayu tiga daerah perlu diatasi.t.pBerita Harian (WS)22.04.2009
Lemah jawi boleh ancam pegangan umat IslamKadir AhmadUtusan Melayu13.07.1998
Lemah Bahasa Inggeris jadi masalahTiadaBerita Harian22.11.1989
Lemah kuasai bahasa punca kegagalan kanak2 kurang dengarTiadaUtusan Malaysia17.07.1985
Lemah Bahasa InggerisMalungunWatan15.12.1991
Lemah jawi baca al-QuranPak MatlobBerita Minggu26.06.2005
Lemah Bahasa Melayu punca pelajar kandasAkhbar:  Utusan Malaysia (Dalam Negeri)05.02.2001
Ramai lemah bahasa MelayuAkhbar:  Utusan Malaysia30.06.2000
Jangan lemah semangat dengan kritik2TiadaUtusan Melayu03.05.1972
Bumiputera lemah sainsTiadaUtusan Melayu20.08.1973
12345678910...

Kembali ke atas