Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.nyap] | لڽڤ

Definisi : 1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat itu ~lah ia kepada­nya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya; melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan; melenyapkan menghilangkan, memusnah­kan, merosakkan: ia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~ angan-angan; kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, ke­musnahan; pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.nyap] | لڽڤ

Definisi : 1 hilang drpd pandangan; tidak kelihatan lagi: Pemuda itu ~ di balik belukar. 2 lena (bkn tidur); nyenyak: Sesudah diberi ubat, barulah ia tidur ~. melenyapkan menyebabkan jadi lenyap; menghilangkan; menghapuskan: Muawiyah telah ~ sistem pemerintahan demokrasi dan mewujudkan sistem monarki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lenyap
1. Bersinonim dengan hilang
( lesap, lelap, lipur, tenggelam, hapus, luput, lupus, terkikis, melayang, gelibat, sirna, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan wujud

2. Bersinonim dengan lena: tidur, nyenyak, lelap, nyedar,

3. Bersinonim dengan jatuh hati
( kasih, cinta, sayang, )
(kata kerja,)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : melenyapkan, kelenyapan, pelenyapan,

Peribahasa

Seperti batu jatuh ke lubuk.

Bermaksud :

Hilang lenyap.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bahasa Melayu elak lenyap di negara sendiriMelayu PrihatinBerita Harian03.06.2008
Kesenian lama hampit lenyap di KelantanZahari AffandiUtusan Malaysia12.04.1971
Tarian inai semakin lenyapHapizah AzizUtusan Malaysia03.10.1995
Sastera tak mudah lenyap selagi minat membaca adaNorman Ford HorizUtusan Zaman25.05.1975
Teater Melayu semakin lenyap: hidupkan kembali suasana seni yanghilangDinsmanMingguan Malaysia14.06.1998
Perahu Payang akan lenyap?J. M. AzizBerita Minggu22.04.1973
Sastera tak mudah lenyap selagi minat membaca adaPodhoreta, NormanUtusan Melayu01.06.1975
Karya Kabur Mulai LenyapMisnon JamilBerita Minggu08.04.1984
Benarkah sastera akan lenyap?Podhoreta, NormanUtusan Melayu25.05.1975
Sekolah2 Melayu Singapura lenyapZabhaUtusan Melayu29.07.1982
123

Kembali ke atas