Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.rai] | لراي

Definisi : ; berlerai tidak bersambung (bersatu, berangkai-rangkai dsb) lagi: seminggu sudah berlalu, aku terasa bagai kalung mutiara yg putus ~; meleraikan 1. menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dll): Cikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yg sedang ber­tumbuk; penyakit jiwa susah hendak dilerai­kan drpd batin seseorang; 2. ki menjauhkan, menghindarkan (penyakit dll): ubat ini akan ~ penyakit selesema; terlerai dipisahkan atau diceraikan, tercerai, tersisih: cintaku telah ~; tidak ~ dgn janjang prb perihal tidak dapat diceraikan (orang yg berkasih-kasihan dll); peleraian proses meleraikan sesuatu: ~ masalah; pelerai 1. orang yg meleraikan (orang ber­kelahi dll), benda (ubat dll) yg menghindarkan penyakit dll: dipadankan sahaja rambut itu akan dijadikan tangkal dan azimat, dijadikan ubat jerih ~ demam; 2. (alat) utk memisahkan biji drpd tangkai: jentera ~ lada hitam; ~ demam a) ubat yg menyembuhkan penyakit; b) ki anak atau kekasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.rai] | لراي

Definisi : gugur dr tangkai (bkn buah-buahan yg bergugus-gugus spt langsat, rambai); luruh: buah yg ~. meleraikan 1 menanggalkan buah dr tangkainya (bkn buah-buahan yg bergugus-gugus). 2 menghentikan atau menceraikan orang yg sedang berkelahi dll: Pak Mat mencuba ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu tetapi tidak berjaya. terlerai dpt dipisahkan (bkn orang yg berkelahi dll); tercerai. pelerai 1 orang yg meleraikan (perkelahian dll). 2 ubat dll yg digunakan supaya terhindar drpd penyakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lerai
Kata Terbitan : meleraikan, terlerai, pelerai,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lerai Lara IniLenny ErwanUtusan Borneo12.05.1997
Lerai Sebuah HarapanSharifah Shiha Syed AhmadMingguan Famili16.03.1986
Harapan Yang LeraiSaimah SallehudinMingguan Perdana23.12.1984
Penulis wajar lerai kekusutanAzman HussinBerita Harian (Sastera dan Budaya)05.09.2001
Sastera rakyat dalam "Tangan" dan "Lerai Kasih"AbishaUtusan Malaysia29.03.1982

Kembali ke atas