Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (létak) 1. tidak bertenaga, lemah, letih: badan saya berasa ~ selepas berjalan sehari­harian; 2. lapar; ~-letai letih benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping; meletak Mn menghantar, menaruh, mem­beri, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; meletakkan 1. menempatkan (pd), me­ngenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawal­an pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiah­kan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetap­kan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /létak/ tidak bertenaga atau tidak berdaya; lemah: Dia berasa ~ setelah bekerja sehari-harian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tempat atau duduknya sesuatu benda: Bentung ~nya di Pahang. meletak menghantar atau menaruh. ~ kerja memulakan sesuatu upacara secara besar-besaran (spt utk majlis perkahwinan, pertabalan raja). ~ tanda memberi tanda (biasanya cincin) kpd pihak pengantin perempuan. meletakkan 1 menempatkan sesuatu; membubuh: Emaknya ~ hidangan itu di atas meja. 2 melepaskan perkhidmatan; meninggalkan: Ia ~ jawatannya dlm bulan Januari 1972. ~ senjata berhenti berperang. terletak berada (di); duduknya (di): Kaca matanya ~ di atas almari. peletakan perbuatan atau hal meletakkan: ~ jawatan perbuatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata hal atau perbuatan berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Puisi
 

Ambil sebiji letak di tepi,
     Budak-budak bermain di paya;
Tuan tidak ambil peduli,
     Tidakkah belas melihat saya.


Lihat selanjutnya...(42)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Letak DBP di bawah JPMHata Wahari, Nizam Yatim dan Nor Zainah NordinUtusan Melayu28.11.2008
Letak BM pada tempatnyaTiadaUtusan Malaysia10.11.2008
Letak filem Melayu di tempat wajarWahab HamzahUtusan Malaysia05.02.1993
Letak jawatan menteri kerana SeenivasagamDharmala N. SBacaria12.11.1986
Letak JawatanAmi MasraMingguan Malaysia15.04.2001
Letak JawatanAripin SaidWarta Perdana29.05.2005
Jins letak jawatan PFM jika..Zubairi Haji ZabidinBerita Harian30.01.1990
Upacara letak kerja bermula-Berita Harian05.12.1985
Rahim letak jawatan presiden senimanTiadaBerita Harian28.01.1991
Noorjaya letak jawatan dalam AsasiAhmad AsyadiBerita Harian05.03.1997
123456

Kembali ke atas