[liat] | ليات
Definisi : 1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (spt getah dll), boleh dilentur-lentur dan tidak patah: besi yg ~; daging kerbau tua biasanya ~; 2. likat, pekat: tanah ~; 3. ki tidak mudah kalah, tabah dan cekal (menghadapi musuh dll); 4. ki tidak suka (melakukan sesuatu), payah, segan: pd esoknya ~ pula hendak bangun kerana sejuknya udara keliling; liat-liat liang-liut, liuk-lentok; meliat 1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian); meliatkan menjadikan liat; keliatan perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar ayam kampung, teringatkan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air (Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[liat] | ليات
Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), medang, Litsea amra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[liat] | ليات
Definisi : ark ®lihat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[liat] | ليات
Definisi : 1 lembut tetapi tidak mudah patah atau putus; dpt dilenturkan tetapi tidak patah: ~ betul daging ayam tua ini. 2 likat atau pekat: tanah ~. 3 ist sukar mengeluarkan buih dgn sabun kerana terdapat garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya (bkn air): air ~. keliatan keadaan atau hal liat. ~ air ist keadaan air yg tidak mudah berbuih dgn sabun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)