Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.be.ral] | ليبرل

Definisi : 1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik (mis me­nentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yg me­nganut fahaman liberal; 2. bersifat atau ber­pandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb); meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkem­bangan sains dan teknologi hari ini; keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar ~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah dasar pembangunan industri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.be.ral] | ليبرل

Definisi : 1 (sifat yg) condong kpd kebebasan; (fahaman) bebas. 2 pemerintahan yg bersifat demokratik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liberal


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Islam liberal ditolak-Berita Harian12.10.2006
Dasar Liberal bawa bebanImlan AdabiBacaria12.09.1987
Dasar Liberal terhadap akhbarPak Pandir ModenUtusan Malaysia12.01.1984
Be liberal about bahasa baku: KohTiadaNew Straits Times05.09.1988
Sikap liberal dalam pendidikanRustam A. SaniUtusan Malaysia23.05.1994
Sikap liberal kerajaan harapan Musa: akhbar-akhbar bebas dari belengguTiadaBintang Timur26.11.1982
Pemikiran liberal dan beraniSaharil Hasrin SaninMingguan Malaysia (Kesihatan)27.07.2003
Demokrasi yang liberalKeris MasThe Malay Mail28.04.1985
Dasar ekonomi liberal menimbulkan kebimbanganTiadaMingguan Malaysia17.12.1995
Apabila bersikap liberal terhadap bahasaA. F. YasinUtusan Melayu06.06.2004
123

Kembali ke atas