Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sj tumbuhan (pokok), antat, kelat kerantan, kenanga hutan, melidah, pacal kuning, pokok kuning, Alangium ebe­naceum; ~ mara sj tumbuhan (pokok kecil), cenarahan, geronggong semut, kasi, mese­kam, pendarah, tampoi paya, Ouratea spp.; ~ ular sj tumbuhan (pokok renek), bunga telur belangkas, Sida spp.; akar ~ jin sj tumbuhan (herba), seketan, Hedyotis capitellata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sj ikan laut, Cynoglossus spp.; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sesuatu yg menyerupai lidah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sesuatu yg menyerupai lidah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lidah-lidah

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lidah terganjal.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lidah-lidah KitaRozitah SalihinUtusan Zaman18.03.1990
Lidah BangsaAzhar SallehBerita Harian16.05.2009
Lidah Sang PendustaKamal SujakBerita Harian27.12.2008
Lidah MerdekaH FansuriBerita Minggu02.09.2007
Lidah Anakku Berbelang-belangAbizaiMingguan Malaysia19.08.2007
Lidah rasmi pupuk penulisTiadaBerita Harian26.02.1981
LidahIbrahim MohamadBorneo Mail04.09.1993
LidahAmi MasraMingguan Malaysia19.05.1989
Lidah Kian KeluMartiee Ayu LatifahCitra09.09.1996
LidahAmi MasraMetro Ahad05.01.1997
123456

Kembali ke atas