Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.gam] | لوݢم

Definisi : unsur kimia spt besi, emas, perak, tembaga, dll yg biasanya berkilau, mulur, membentuk ion positif, dan menjadi pengalir haba dan elektrik yg baik; ~ adi = ~ mulia Id logam yg sukar berpadu dgn oksigen (spt emas, perak, platinum); ~ alkali salah satu logam dlm kumpulan unsur kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium; ~ alkali bumi = ~ bumi beralkali salah satu logam dlm kumpulan unsur berilium, magnesium, kalsium, strontium, barium, dan radium; ~ campur Id logam yg terjadi drpd campuran beberapa logam (suasa dll); ~ mulia logam yg berharga (spt platinum, emas, perak); ~ putih sj logam campur (sebahagian besar terdiri drpd timah atau timah hitam); berlogam mengandungi (terdapat) logam: bahan ~; kawasan ~; perlogaman hal yg berkaitan dgn logam: industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.gam] | لوݢم

Definisi : barang galian yg keras spt emas, perak. ~ campur logam yg terdiri drpd beberapa jenis logam yg disebatikan. ~ lembut logam yg lembut (rapuh), spt aluminium. ~ putih logam campur yg sebahagian besarnya terdiri drpd timah atau timah hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
logam (kata nama)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Seni pertukangan logam Melayu lamaTiadaMingguan Malaysia18.03.1984
Belia dari Kelantan menguasai teknik cantuman logamRohaya Haji IshakBerita Minggu19.04.1987

Kembali ke atas