Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.Öaf] | معاف

Definisi : 1. kerelaan melepaskan atau membebas­kan seseorang drpd hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dsb), ampun: Omar meminta ~ drpd bapanya; memberi ~ mengampuni; 2. = maafkanlah ampunilah: ~ sahajalah budak itu, dia masih belum tahu apa-apa; minta ~ minta diam­puni; bermaaf-maafan saling memberi ampun: Ros mengesat air matanya setelah ~ dgn Jamilah; memaafi memberi ampun (maaf) kpd, meng­ampuni: sekali dua dia boleh dimaafi; memaafkan mengampunkan kesalahan (ke­silapan dll), tidak menganggap salah dll lagi: sudilah kiranya engkau ~ kesalahanku lahir batin, dunia akhirat; permaafan perihal bermaaf-maafan; pemaaf 1. orang yg rela memberi maaf (me­maafkan); 2. bersifat suka memaafi atau me­maafkan: dia seorang dermawan yg meren-dah diri, khusyuk, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.Öaf] | معاف

Definisi : 1 pembebasan drpd sebarang tun-tutan kesalahan dll; ampun: meminta ~ kpd ibu bapanya. 2 = maafkanlah meminta supaya tidak dimarahi; meminta supaya dibenarkan dll: Saya tidak dpt pergi, ~ saja. bermaaf-maafan saling memberi maaf. memaafi memberi maaf kpd seseorang; mengampuni: Walapun dia berbuat salah, saya ~nya kerana dia masih keanak-anakan. memaafkan memberi maaf atas kesalahannya dll; mengampunkan: Aku tidak mahu ~ kesalahannya. kemaafan hal atau keadaan bebas drpd kesilapan atau kesalahan; keampunan permaafan perbuatan atau hal bermaaf-maafan. pemaafan perbuatan (hal dsb) memaafi atau memaafkan; pengampunan. pemaaf 1 orang yg suka (selalu) memaafi atau memaafkan. 2 bersifat suka memaafi atau memaafkan: Dia dihormati kerana sikapnya yg murah hati dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maaf
Bersinonim dengan ampun, magfirat, belas kasihan;,
Kata Terbitan : bermaaf-maafan, memaafkan, kemaafan, permaafan, pemaaf,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(14)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Maaf, jika ku tak sempat mengucap cinta...Aida ARHarian Ekspres22.03.2009
Maaf tak terucapJustina TuyundoNew Sabah Times23.04.2006
Maaf Dari PalestinZaki JohariBerita Harian24.01.2009
Maaf ( Itulah Antara Kita )Mazemie MazBerita Minggu26.08.2007
MaafPutra AishahWarta Perdana01.04.2007
MaafAbdullah ARMingguan Malaysia04.03.2007
MaafAslia AliasBacaria24.11.1993
MaafNordin AbdullahUtusan Melayu23.09.1994
Maaf: Tunku terharuTiadaUtusan Melayu18.02.1983
Maaf, Ibu...TunzaBacaria19.05.1993
12345678910...

Kembali ke atas