Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma/.sud]/[mak.sud] | مقصود

Definisi : 1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg tersimpul dlm sesuatu ayat (per­buatan dll): apakah ~ perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil; bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berke­hendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg mak­sud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; termaksud dikehendaki, dimaksudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma/.sud]/[mak.sud] | مقصود

Definisi : 1 apa-apa yg dikehendaki; niat yg tertentu; kehendak; tujuan: Itulah ~ saya datang ke mari. 2 tujuan yg terkandung dlm sesuatu ayat dll; erti: Ayat ini ~nya begini. bermaksud 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. memaksudkan 1 menjadikan sbg tujuan sesuatu perbincangan dll; menghendaki: Saudaralah yg saya maksudkan. 2 menjadikan sbg maksud atau erti yg sebenarnya: Apakah yg dimaksudkan oleh ayat ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung,
     apa daya tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

 

Lihat selanjutnya...(43)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Maksud mesti jelas, tak kira apa teori digunaTiadaBerita Harian15.03.1984
Maksud budaya Malaysia amat luasKu Seman Ku HusseinUtusan Malaysia29.11.1985
Maksud yang terkandung dalam pantun 2 keratNur ArifBuletin Utama02.01.1994
Maksud di sebalik nama Panca DelimaTiadaBerita Harian10.10.1986
Maksud sesuatu pantunPak Pandir ModenUtusan Malaysia03.03.1983
Maksud sama penggunaan berbezaBambang S. M. SaidHarian Metro22.09.2003
Maksud 'kaki' paling aktifBambang MSHarian Metro (Variasi)24.02.2005
Maksud pembakuan bahasaNik Safiah KarimBerita Harian06.03.2000
Fahamilah maksud istilah sebelum menyusun ayatAdibah AminBerita Harian04.08.1982
Menanggapi maksud modenismeA. Rahim AbdullahBerita Minggu04.02.1996
12345

Kembali ke atas