Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lam] | مالم

Definisi : = ~ hari waktu mulai dr matahari masuk sampai matahari terbit, lwn siang: ~ ini engkau jangan pergi ke mana-mana; jangan main di tanah lagi, hari sudah ~; ~ buta = ~ boleh Kl, Tr malam yg sangat gelap (gelap-gelita); ~ dansa Id pesta tari­menari (pd malam hari); ~ gembira perjum­paan yg diadakan pd malam hari utk bersuka ria; ~ ini = ~ sekarang pd malam hari nanti (nanti malam); ~ Minggu (Isnin) malam menjelang hari Minggu (Isnin); ~ panjang malam minggu; ~ ria pesta yg diadakan pd waktu malam (utk bersuka ria); spt siang dgn ~ sangat jauh perbezaannya; malam-malam sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini? semalam 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari se­belum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi ber-kelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam; ~ di bawah nyiur pinang or (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam] | مالم

Definisi : Jw ark lilin (utk membatik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam] | مالم

Definisi : = ~ hari waktu sesudah matahari masuk sehingga matahari terbit. ~ buta malam yg sangat gelap. ~ ini (karang) waktu malam yg akan tiba sesudah siang ini. ~ minggu waktu malam sebelum hari minggu. malam-malam sudah jauh malam; sudah malam benar: Jika hendak keluar, jangan pulang ~. bermalam 1 menumpang tidur pd waktu malam; menginap: Saudara boleh ~ di rumah saya. 2 melebihi atau melewati satu malam: Lauk yg sudah ~ itu tidak elok utk dimakan. kemalaman mengalami hari malam: Mereka terlewat dan ~ dlm perjalanan ke sini. semalam 1 satu malam: Dlm perjalanan saya ke Kota Bharu, saya singgah ~ di Kuantan. 2 hari sebelum hari ini: Mengapa kamu tidak bersekolah ~? semalaman, semalam-malaman sepanjang malam: Saya tidak dpt tidur ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kita mengingat,
     Jangan lupa bunga di pasu.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Masak malam mentah pagi (= siang).

Bermaksud :

Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Malam-malam Terus BerlaluDjazlam ZainalMingguan Malaysia16.02.1997
Bila Malam Bertambah MalamPutu WijayaSinar Harapan14.02.1972
Malam Seniman tiga malam di KuchingTiadaBerita Harian17.10.1979
Malam Haram empat malam di Dewan BandarayaTiadaUtusan Malaysia20.07.1989
Malam Seni Rumpun malam esokShamsiah SaninWarta Tebrau17.06.1982
Malam Persahabatan Di DBP malam iniTiadaUtusan Malaysia08.09.1972
Malam Sumbangsih P. Ramlee malam iniAbdullah IsmailUtusan Malaysia01.12.1973
Malam Bahasa Jiwa Bangsa malam iniTiadaUtusan Malaysia22.06.1996
Selamat Malam, Malioboro, Selamat Malam, SemuanjaWidyarto Adi P. SSinar Harapan23.06.1971
Ayub akan rasmi Malam Antologi TIK malam iniJasuin MuhammadDaily Express23.12.1981
12345678910...

Kembali ke atas