Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lang] | مالڠ

Definisi : 1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor; ~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari; memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi; kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lang] | مالڠ

Definisi : tidak bernasib baik; ditimpa kecelakaan dll; sial: Jika baginda berjumpa dgn fakir miskin atau orang-orang yg ~, disuruhnya orang itu datang ke istananya. kemalangan 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malang (adjektif)
Bersinonim dengan tidak bernasib baik, tidak beruntung, bernasib buruk, ditimpa malang, celaka, sial, langkah kiri, lacur, geruh, sueh, sebal, sarau, udi;,
Kata Terbitan : kemalangan,

Puisi
 

Ikan talang ikan terubuk,
     Udang galah udang kepai;
Malang sungguh nasib Pak Kaduk,
     Ayam menang kampung tergadai.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Mujur sepanjang hari,
     malang sekejap mata.

Bermaksud :

Malang yang tak dapat dielakkan.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Malang Puaka Tebing BiruSyazwan ZakariahKosmo23.02.2007
Malang KotamuMazemie MazMingguan Malaysia18.06.2006
Malang Seorang Seniman mengajak kita berfikirZainol FakirUtusan Zaman08.10.1978
Malang Tidak BerbauMohd. Mansur AbdullahMingguan Wanita20.04.1984
...Malang Datang BertimpaHarahap, DarwisBerita Harian30.07.1984
Malang Menimpa JamilahHarahap, DarwisBerita Harian16.07.1984
Malang Sebuah KehidupanMell Yang GUtusan Borneo15.11.1995
Malang Datuk SenuAzizi Haji AbdullahMingguan Timur13.11.1983
Malang Yang TernodaNoraziwani AwangUtusan Malaysia18.10.1996
Malang menimpa sastera kitaRejab F. IBerita Harian11.01.1986
123456789

Kembali ke atas