Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.kah] | مرکه

Definisi : 1. tanda, tanda pd tali penduga; garis ~ garis tanda; 2. angka yg diberikan pd mata pelajaran dlm peperiksaan dll (sbg ukuran bagi mutu jawaban kpd soalan): dia berazam hendak mendapat ~ yg tertinggi dlm ujian tawarikh nanti; memarkahi memeriksa dan memberi mar­kah kpd (kertas jawaban peperiksaan dsb): kertas jawaban mereka tidak dikenali oleh orang-orang yg ~ kertas itu; pemarkahan perihal (cara dsb) memberi markah kpd sesuatu, penentuan atau pem­berian markah: ~ ujian ini ialah 100% objektif; pemarkah pemeriksa atau penguji yg mem­berikan markah: ~ tidak mempunyai ruang utk berlaku tidak adil; ujian berbentuk esei juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya agak sukar dan ~ cenderung utk menjadi subjektif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mar.kah] | مرکه

Definisi : angka yg diberikan utk menunjukkan kemajuan murid dlm sesuatu mata pelajaran ketika diadakan ujian atau peperiksaan: Dia telah mendapat ~ penuh utk ilmu hisab. memarkahi memeriksa dan memberi markah kpd: Para pemeriksa ~ kertas ujian itu. pemarkahan perbuatan atau cara memarkahi sesuatu: Sistem ~ yg adil telah dilaksanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata markah


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Markah bahasaGuru BahasaMinda Pelajar24.01.1994
Markah bahasaGuru BahasaMinda Pelajar31.01.1994
Markah dipotong bila tiada imbuhan, salah imbuhanGuru BahasaHarian Nasional28.03.1984
Pembahagian markah kertas sasteraGuru SasteraBerita Harian20.10.1993
Bagaimana mahu mendapat markah cemerlang dalam bahasa Malaysia danInggerisMegat Rus Kamarani Megat WahUtusan Malaysia21.10.1986
Bahasa menarik jamin markah yang tinggiSharif PuteraBerita Harian11.10.1990
Kuasailah prinsip2 asas dapat markah baikAdibah AminBerita Harian14.09.1981
Ramai calon tidak peduli markah di setiap soalan yang tercatatWan Shamsuddin Mohd. YusofBerita Harian07.07.1986
Ramai calon tak dapat markah tinggi kerana tak ikut garis2 panduanyang diberiAdibah AminBerita Harian23.09.1980
Beberapa panduan untuk elakkan markah dipotongGuru BahasaHarian Nasional21.02.1984
12

Kembali ke atas