Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sa] | ماس

Definisi : 1. waktu, ketika: ~ dan tempat per-undangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu per­mainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu seng­gang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diper­katakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~; semasa-masa sewaktu-waktu; pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga boleh me-nyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir; pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sa] | ماس

Definisi : = masakan mana boleh, tidak akan­lah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tum-buh, ~ bumi tidak terima; ~ bodoh a) tidak mempedulikan apa-apa; b)terserah; bersikap ~ bodoh tidak mempedu­likan atau mengendahkan (hal orang lain dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sa] | ماس

Definisi : 1 hari atau bahagian hari yg tidak ditentukan bila (boleh jadi telah lalu, sekarang ataupun akan datang); ketika; waktu: ~ dan tempat mesyuarat itu diadakan, tidak disebut. 2 jangka waktu tertentu yg ada awal dan ada akhirnya: ~ kerja; ~ sekolah. 3 waktu yg agak lama tempohnya dan ada sesuatu peristiwa penting berlaku; zaman: Pd ~ Jepun dahulu, saya masih kecil. ~ capaian ist masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses. ~ nyata a. masa sebenar berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. b. bkn sistem pemprosesan komputer dlm talian yg menerima dan memproses data secepat mungkin utk menghasilkan aktiviti atau proses berterusan. ~ rosak ist selang atau tempoh masa apabila sesuatu peranti tidak dpt beroperasi disebabkan berlaku kerosakan pd peranti tsb. pemasa alat utk mengukur dan mengawal masa operasi atau masa berjalannya sesuatu mesin, peralatan dsb. semasa 1 pd ketika; pd waktu: Dia datang tadi ~ saya tidak ada di rumah. 2 sedang berlaku atau bkn masa kini (sekarang): hal ehwal ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.sa] | ماس

Definisi : = masakan mana boleh; tidak mungkin; mustahil: Dia orang bijak, ~ dia tidak mengerti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Puisi
 

Kain ini kain basah,
     Bila masa berkain lagi;
Main ini main penyudah,
     Bila masa bermain lagi.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Masa lagi rebunglah hendak dilentur,
     jangan dinantikan sampai menjadi aur.

Bermaksud :

Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Masa-Masa BeginiMalik Haji Jahari @ NoormajaSabah Times28.11.1984
Dilema Masa-masa Akan DatangZakiah BahariBerita Harian11.04.2004
Masa'alah masa depan sarjana bahasa MelayuAsmah Haji OmarBerita Minggu28.10.1962
Dari masa hingga masaYudhie EsMingguan Famili08.03.1987
Bahasa Indonesia dari masa ke masaBadudu, J. SKompas03.11.1990
KBSR perlu dinilai dari masa ke masaTiadaBerita harian10.12.1984
Perbandingan masa kini dan masa laluAzah AzizUtusan Zaman05.12.1976
Pada masa kasih dan pada masa benciK. BaliSabah Times14.09.1991
Mengimbau masa lalu untuk ketenangan masa kiniTiadaHarakah21.04.1992
Kewartawanan: realilti masa lalu dan hakikat masa kiniSamad IsmailBerita Minggu02.08.1987
12345678910...

Kembali ke atas