Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[masy.hur] | مشهور

Definisi : = termasyhur Ar 1. tersebar ke se-rata tempat (berita, peristiwa, dll), ketahuan ke tempat-tempat lain: maka khabar yg de-mikian itu pun termasyhurlah ke negeri-negeri yg lain; 2. terkenal, ternama: mereka gemar membaca buku-buku yg mengisah-kan kehidupan seseorang yg ~; kami nikmati lukisan dan pahatan bermacam-macam seniman yg termasyhur; memasyhurkan 1. sl menyebarkan ke se­rata tempat (berita, peristiwa, ajaran, dll), menyiarkan: cuma sahaja dimasyhurkan khabar demikian supaya jangan orang tahu; 2. membuat supaya menjadi masyhur (ter­kenal, ternama): Persatuan Belia akan me-mentaskan semula drama yg telah ~ nama kampungnya ke serata tanah air; kemasyhuran perihal masyhur (terkenal): ~ Melaka sbg pusat perdagangan utama tersebar luas; pemasyhuran perihal memasyhurkan (me­nyiarkan berita dll): ~ kemerdekaan Per-sekutuan Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[masy.hur] | مشهور

Definisi : = termasyhur tersiar ke mana-mana (bkn sesuatu khabar, kejadian dll); diketahui orang ramai; terkenal; ternama: ~lah keindahan tempat itu ke seluruh negara. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yg ~. memasyhurkan menyebarkan (menyiarkan) ke merata-rata tempat utk diketahui umum; membuat supaya masyhur; menjadikan masyhur: Kemenangan itu telah ~ nama negara kita. kemasyhuran perihal (keadaan) masyhur: ~ Kuala Lumpur tersebar luas. pemasyhuran perbuatan atau hal memasyhurkan; perihal menyebarkan atau menyiarkan berita dsb: ~ kemerdekaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masyhur
Kata Terbitan : termasyhur, memashurkan, kemasyhuran, pemasyhuran,

Puisi
 

Sayang Temasik tempat berniaga,
     Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga,
     Manakan boleh duduk bersama.


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kekar MasyhurRusdi Abd RahmanMingguan Malaysia08.07.2007
Melaka masyhur di bawah pentadbiran BendaharaAripin SaidUtusan Malaysia24.03.1995
Ismail Hasan masyhur dengan panggilan "Pak Selampit"Ramli IsmailUtusan Zaman08.04.1973
Pidato-pidato masyhurMana SikanaBerita Harian11.03.1976
Hutan Saujana Masyhur Dan Sudah Terkenal Hingga Ke Negeri-ngeriKayanganAripin SaidUtusan Zaman30.10.1983
Dia akan lebih masyhur kalau...TiadaMingguan Malaysia29.07.1973
Novelis terkaya dan masyhur di duniaKhadijah HashimBerita Minggu26.04.1981
Karya pujangga yang amat masyhur seluruh duniaWan Muhammad SaidUtusan Malaysia28.10.1978
Cerita pahlawan Inggeris yang masyhur untuk kanak-kanakShahidan Md.NohUtusan Malaysia07.01.1978
Saiyid Utsman Betawi mufti paling masyhur (Ulama Nusantara)Wan Mohd. Shaghir AbdullahUtusan Malaysia (Mega)28.11.2005
12

Kembali ke atas