Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.yang] | مايڠ

Definisi : bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm seludangnya; ~ mengurai rambut yg mengurai serta ikal; ikal ~ ikal spt mayang (rambut); ~ menolak seludang prb orang yg melupakan jasa orang yg memeliharanya sejak kecil; seludang menolak ~ prb memegah-megahkan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yang] | مايڠ

Definisi : ; putu ~ sj penganan yg dibuat drpd tepung beras dan dikukus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yang] | مايڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Palaquium ridleyi; buluh ~ sj buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yang] | مايڠ

Definisi : bunga kelapa (atau bunga pokok palma lain) yg masih di dlm seludangnya. ~ mengurai rambut yg ikal mengurai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.yang] | مايڠ

Definisi : ; perahu ~ perahu utk menangkap ikan di laut; perahu pukat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.yang] | مايڠ

Definisi : nama salah satu bintang dlm rasi; (bintang) Virgo. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mayang

Puisi
 

Selendang mayang dari Bali,
     Pakaian anak tuan puteri;
Jangan dikenang orang yang pergi,
     Orang yang dekat sudah menanti.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bermayang-mayang menjadi mumbang.

Bermaksud :

Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mayang Yang TerpeliharaS. MohamadMingguan Wanita24.04.1998
Ikal MayangZainul Abindin Che ManMingguan Malaysia12.11.2006
Ulit Mayang: unsur kebajikan masyarakat MelayuImlan AdabiBacaria12.03.1988
Ulit Mayang: dahulu satu cara perubatan bomoh..Jamaluddin YacobBerita Harian19.01.1985
Ulik mayang subur kembaliTiadaUtusan Melayu03.01.1997
Teater Mayang Mengoyang di TerengganuIbrahim Najid AzizUtusan Malaysia02.06.1998
Teater 'Mayang Ngoyang' 22 OgosTiadaUtusan Melayu26.06.1998
Teater Mayang Ngoyang ditangguhkanTiadaUtusan Malaysia30.06.1998
Ulik Mayang: nelayan yang pengsan dipulihkan dengan memanggil semangatMayang Pinang Puteri TujuhTiadaHarian Metro16.09.1992
Ulik Mayang memuja tahyul?Shamsir H. MBacaria18.05.1994
1234567

Kembali ke atas