Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.yat] | ميت

Definisi : tubuh orang yg telah meninggal: aku lihat ~-~ korban kemalangan itu sudah terlunjur di tepi jalan; pucat spt ~ pucat lesi; ~ hidup ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd ke­luarga, masyarakat dsb, bangkai bernyawa; b) orang yg terlantar sakit sehingga kurus kering tubuhnya; spt ~ ditegakkan prb kurus kering serta sangat pucat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yat] | ميت

Definisi : tubuh badan orang yg telah mati: ~nya telah dijumpai tergantung pd pokok getah. ~ hidup orang yg terlibat dgn teruk dlm penagihan dadah sehingga badannya menjadi kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga dan masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mayat (kata nama)
Bersinonim dengan jenazah, jasad, mait, mumia, kunapa, bangkai.,

Puisi
 

Putih jerami tanah lintar,
     Lintar menanah tiga puluh;
Tiga hari mayat terlantar,
     Menanti kain bekas tubuh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Bermaksud :

Pucat dan tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Beraraklah Ke PBB Wahai Mayat-mayatSahrunizam Abdul TalibBerita Minggu (Sastera dan Budaya)14.04.2002
Mayat perlu diubahsuai untuk TVTiadaWatan04.04.1982
MayatAhmad RazaliHarian Nasional29.04.1984
Mayat MaruahMohd H. BUtusan Melayu07.03.1997
Mayat SejarahZabidin Haji IsmailMingguan Malaysia04.09.1994
'Mayat' Puspa johan drama negeri KelantanSuhaimi YacobUtusan Melayu25.11.1980
Mayat Puteri Bungsu Bangun Dalam PerahuYulis AlwiMingguan Malaysia27.11.1977
Mayat-KuSutung Umar R. SBerita Harian01.11.1970
Kisah mayat pelaris MastikaSahidan JaafarKosmo01.06.2006
Teater Mayat menyentuh hatiJamudin IdrisBerita Harian20.11.1995
123

Kembali ke atas