Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.gah] | مݢه

Definisi : 1. kelihatan gagah (hebat dll), masy­hur, mulia: namanya tidak se~ dahulu lagi; 2. bangga: aku turut mendengar dan berasa ~ namaku disebut berulang kali; bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya; memegahkan mendatangkan (menimbul­kan) rasa megah, membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba ~; memegah-megahkan membangga-bangga­kan: maka tidak perlulah dimegah-megah-kan jika apa yg diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja; kemegahan 1. sesuatu yg dimegahkan, ke­masyhuran, kemuliaan, kebanggaan; 2. pe­rasaan megah: ~nya sbg pemilik peti tele-visyen yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.gah] | مݢه

Definisi : 1 mulia dan masyhur: Bangunan Parlimen tersergam dgn ~nya di atas bukit itu. 2 = bermegah berasa besar hati; bangga: Ia ~ kerana mempunyai anak yg bertimbang rasa. bermegah-megah membesar-besarkan diri: Mereka ~ kerana merekalah yg pertama sampai di bulan. memegahkan menimbulkan rasa bangga atau rasa megah; membanggakan: Orang yg selalu ~ diri atau ~ harta kekayaannya akan kehilangan kawan. kemegahan sesuatu yg dimegahkan atau yg dibanggakan; kemasyhuran: Drpd hikayat-hikayat lama, kita dpt membaca kisah ttg keindahan dan ~ Melaka pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
megah (adjektif)
Bersinonim dengan bangga, besar hati, ranggi, perasan, riak, ujub;,
Kata Terbitan : bermegah, bermegah-megah, memegahkan, kemegahan,

Peribahasa

Berketak dulu sebelum bertelur.

Bermaksud :

Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Megah dengan bahasa sendiri (diwawancara oleh Roslan Ibrahim)Hassan AhamdBerita Minggu23.03.1997
Megah dengan bahasa MelayuTiadaHarian Metro22.07.1991
Megah Orang-orang BerjanggutAhmad J. HuseinUtusan Zaman29.05.1988
KL megah tetapi tanpa jiwa?Lanang SejagatMingguan Malaysia03.09.1995
Tunku megah dia PM yang paling riangTunku Abdul Rahman Putra al-HajUtusan Melayu02.01.1981
Senyuman megah seorang "Seniman Serba Boleh"ZaBerita Harian25.10.1984
Puisi megah bergema di bandar minyak, MiriAmirullah Andi NurBerita Harian (Sastera dan Budaya)18.10.2000
Arca yang MegahIsmail Khalil SallehUtusan Zaman15.08.1993
Contohi sikap megah bahasa rakyat PerancisTiadaUtusan Borneo06.07.1996
Aku Orang MegahAzlina AhmadMingguan Malaysia (Seni dan Sastera)17.09.2000
12

Kembali ke atas