Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Keamanan melalui budaya, Keakraban melalui bahasa etnikM.ShapieUtusan Borneo12.05.2008
Melalui TakdirAsdawiah binti Abdul RahmanUtusan Sarawak09.01.2008
Melalui muzik, dunia dapat disatukan...Yusof HashimNusantara07.10.1990
Melalui HatiBadaruddin H. OBerita Minggu02.10.1961
Melalui kata-kata, pena manusia diperintahAbdullah AhmadBerita Minggu25.05.2003
Arahan melalui media berkuatkuasa, kata HishamuddinBernamaNew Sabah Times15.04.2006
Perpaduan melalui bahasa kebangsaan: PPSMI dalam jangka panjang boleh melupuskan BM sebagai bahasa tamadunA. Aziz DeramanSinar Harian10.06.2009
Hubungan melalui budayaAhmad Shukran ShahruddinKosmo18.12.2007
Perpaduan melalui dikir baratLadin NuawiBerita Harian (Sastera dan Budaya)25.01.2001
Berasmara melalui layang-layangPak SakoUtusan Zaman09.06.1976
12345678910...

Kembali ke atas