Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.car.kan] | ملنچرکن

Definisi : 1. memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicin­kan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb per­gerakan yg terlalu cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.car.kan] | ملنچرکن

Definisi : 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Malaysia melancarkan kempen membacaMuhammad AliasUtusan Malaysia11.04.2007
'Mahu bersekolah bukan berkahwin': melancarkan mogok lapar beberapahariTiadaMingguan Malaysia22.01.1995
Terima kasih YB Tan Sri Khalil Yaakob Menteri Penerangan Malaysia kerana telah sudi melancarkan antologi cerpen dan novel remajaAkhbar:  Utusan Malaysia19.07.2000
Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan ucapan penghargaan dan terimakasih kepada Y.A.B Dato' Sri Amar Diraja Tan Sri Hj Wan Mokhtaar bin Ahmadatas kesudian beliau melancarkan Bukit PuteriTiadaBerita Harian03.07.1996

Kembali ke atas