Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.gar] | ملڠݢر

Definisi : 1. merempuh, melanda, me­lanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ me­lainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.gar] | ملڠݢر

Definisi : 1 merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2 menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3 menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgar
Kata Terbitan : berlanggar, melanggar, terlanggar, pelanggaran, pelanggar,

Puisi
 

Tenun kain dengannya kapas,
     Warna corak bermacam ragi;
Perahu lilin layar kertas,
     Cuba melanggar lautan api.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dituduh Melanggar Pantang Larang Dan Diusir Keluar Saperti BinatangSuria Mohd DesaUtusan Zaman01.03.1984
Underground melanggar tabuLuqman HakimMingguan Malaysia (Kesihatan)13.07.2003
Tsunami; Diperintah Datang MelanggarIbrahim GhaffarBerita Minggu17.04.2005

Kembali ke atas