Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.rat] | ملارت

Definisi : 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang­-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tem­bakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah­-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : 1. miskin, sengsara; 2. rugi: aku tinggal ~ spt ini, jadi orang pesawah, pasak kampung; kemelaratan perihal melarat (miskin), ke­miskinan, kesengsaraan: jika hendak tahu lagi perihal kemiskinan dan ~ bangsa kita, hendaklah anakku melawat serata Seme-nanjung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : larat I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : 1 rugi; kerugian: manfaat dan ~ untung dan rugi. 2 miskin; sengsara: hidup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : menjadi kian bertambah (besar, lama, panjang dsb); merebak; meluas: Aku berharap agar penyakitnya itu tidak akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : dlm kesusahan; miskin; sengsara. kemelaratan perihal melarat; kemiskinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
melarat (adverba)
Bersinonim dengan merempat, merana, menderita, sengsara, seksa, susah, terlantar, terbiar;,
Kata Terbitan : kemelaratan,

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Ditakik getah di daun.

Bermaksud :

Hidup melarat.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
MelaratTalib Y. K.Mingguan Malaysia01.06.1978
Pencemaran: baru-baru ini melarat kepada murid-murid pulaSenduk EmasBerita Minggu22.04.1979
H C Andersen : Budat melarat jadi penulis terkenalTiadaBerita Minggu04.10.1987
Marahkan kesilapan buku "Astalaq popular melarat kepada jawi ejaanbaru dan entah apa lagi..."TiadaUtusan Zaman26.08.1990
Lebih 100,00 orng Melayu dari Kedah hidup melarat di MyanmarMukmin LatiffUtusan Malaysia21.10.1989

Kembali ke atas