[me.le.ngung] | ملڠوڠ
Definisi : 1. memandang, menoleh: Hajah Bedah ~ melihat Karim; 2. melawat (orang mati). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.le.ngung] | ملڠوڠ
Definisi : (duduk) termenung (kerana memikirkan atau mengenangkan sesuatu dll), bermenung: sejak pagi tadi dia duduk ~ sahaja; mungkin pasal itu banyak Pak Aji dan Pak Lebai yg jadi kaki ~ di kedai kopi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.le.ngung] | ملڠوڠ
Definisi : duduk termenung kerana mengenangkan atau memikirkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)