Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.par.kan] | مماڤرکن

Definisi : 1. mempamerkan (menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dsb) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dsb, mendedahkan, membentangkan: dipa-parkannya segala isi hatinya; ~ satu kejadian yg berlaku pd zaman Jepun; 2. memper­lihatkan teks, data, grafik dsb pd skrin kom­puter dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.par.kan] | مماڤرکن

Definisi : menjadikan pepat (rata): ~ gigi; alat ini dibuat drpd keluli yg dicanai selari atau dipaparkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.par.kan] | مماڤرکن

Definisi : membuka atau menunjukkan supaya dpt dilihat dsb; mendedahkan; membentangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,

Peribahasa

74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Memaparkan kisah cinta remajaNorashikin Mohd. NorUtusan Malaysia19.06.1997
Kepulangan: memaparkan survival masyarakat desaAbdullah TahirUtusan Zaman06.07.1980
Orang Kasar memaparkan kisah kesetiaan wanitaKu Seman Ku HussainUtusan Malaysia25.07.1986
Impian Semusim memaparkan kenakalan golongan remajaSalbiah AniBerita Harian26.03.1994
"Gerimis Berpanjangan" memaparkan kisah kehidupan semua kaumRamli IsinUtusan Zaman05.02.1978
Karya-karya usman memaparkan kebencian terhadap penindasan sesamamanusiaRashid Hj AhmadUtusan Malaysia24.09.1987
Novelet Ranjau Semalam memaparkan kisah sejarah bumi KenyalangJais SahokUtusan Malaysia10.03.1987
Cerpen2 Razak Mamat memaparkan berbagai konflik jiwa manusiaTalib SamatUtusan Zaman01.03.1989
Post impressionisma: imej bergambar yang memaparkan inti kehidupanMuliyadi MahmoodUtusan Malaysia21.07.1986

Kembali ke atas