Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ca] | ممباچ

Definisi : 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adik-adiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ca] | ممباچ

Definisi : 1 membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membaca

Puisi
 

Pucuk mengkira di dalam dulang,
     Serak dagang bertali-tali;
Murai membaca turunlah pulang,
     Balik abang sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Membaca wujudkan masyarakat berilmuRadin Azhar AhmadUtusan Sarawak03.06.2008
Membaca meluaskan minda.t.pUtusan Malaysia (WS)27.04.2009
Membaca KitabullahImahHarian Ekspres17.02.2008
Membaca SejarahMarsli N.OMingguan Malaysia21.06.2009
Membaca Keagungan SilamShukri AbdullahMingguan Malaysia18.01.2009
'Membaca' pemikiran A. Samad IsmailShaharom TM SulaimanKosmo09.09.2008
Membaca demi masa depanAzrina AhzanBerita Harian28.10.2008
Membaca rangsang kecemerlanganSyuhada Choo AbdullahBerita Harian08.04.2008
Membaca HujanRia AsmiraUtusan Melayu24.03.2008
Membaca Peta DuniaHusna NazriBerita Minggu25.11.2007
12345678910...

Kembali ke atas