Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bé.bas.kan] | ممبيبسکن

Definisi : 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bé.bas.kan] | ممبيبسکن

Definisi : 1 membiarkan bergerak dan melakukan sesuatu dgn bebas: Tepat pd pukul empat petang, ia ~ anak-anaknya keluar bermain-main. 2 melepaskan seseorang drpd sebarang hukuman dsb: Tuan Hakim telah ~ Ali drpd tuduhan mencuri. 3 memberikan kemerdekaan; memerdekakan: Kita mesti bekerja keras dan sanggup berdikari utk ~ negara kita drpd cengkaman penjajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membebaskan


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Membebaskan Nasib Yang Membelenggu DiriAida ARUtusan Borneo01.11.1995
Bentuk satira membebaskan penulisS. Othman KelantanBerita Minggu23.02.2003

Kembali ke atas