[mem.be.leng.gu] | ممبلڠݢو
Definisi : 1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu; 2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran rakyat; 3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.be.leng.gu] | ممبلڠݢو
Definisi : 1 mengenakan belenggu pd. 2 ki mengenakan sekatan, halangan dsb pd: ~ fikiran rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)